Friday 1 April 2011

Tips melindungi komputer dari ancaman virus dan malware


Tips melindungi komputer anda dari ancaman virus/spyware/adware dan lain2 lagi.
Ramai orang sering bertanyakan kepada saya mengenai perkara ini. Memang sakit hati kalau komputer anda dijangkiti virus, bukan? Paling bengang sekali bila virus gagal dibuang dan macam2 masalah timbul seperti komputer menjadi perlahan, sesetengah fail tidak dapat dibuka, folder hilang, windows tidak boleh masuk dsb.
Berikut merupakan cadangan2 dari saya. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu melindungi sistem operasi komputer atau laptop anda dari dirosakkan virus.
1. Elakkan dari guna IE6, guna browser terkini
Pengguna windows xp paling banyak menjadi mangsa jangkitan virus. Ini kerana browser asalwindows xp iaitu Internet Explorer 6 (IE6) sangat tidak selamat (unsecured) dan terdedah kepada serangan virus/worm/trojan dll apabila melayari internet. Tidak hanya virus, pengguna IE6 juga mungkin menjadi sasaran browser hijacking dan banyak lagi serangan sekuriti.
Cadangan saya: Guna browser terkini yang selamat dan pantas seperti Mozilla Firefox, Google Chrome dan Opera

2. Memasang perisian antivirus
Perisian antivirus antara perisian terpenting untuk melindungi komputer dari serangan virus. Ada berbagai2 jenis produk antivirus dari syarikat yang berlainan. Ada antivirus yang percuma dan ada yang berbayar.
Antivirus yang popular antaranya ialah:
Kaspersky Antivirus & Internet Security (shareware) – pilihan saya
AVG Antivirus (versi percuma dan berbayar)
- Avira antivir (versi percuma dan berbayar)
Avast Antivirus (versi percuma dan berbayar)
Bitdefender (versi percuma dan berbayar)
Nod32 (versi percuma dan berbayar)
Norton (shareware)
McAfee (shareware)
Rising Antivirus (versi percuma dan berbayar)
3. Memasang perisian antispyware

Spyware tidak sama dengan virus. Virus merosakkan sistem operasi windows manakala spyware bertujuan mencuri data-data dari komputer anda secara tersembunyi. Adware pula menyebabkanwindows anda penuh dengan popup iklan, popup laman web lucah dan sebagainya.
Walaupun setengah antivirus juga terpasang fungsi antispyware…saya tetap menyarankan anda install perisian antispyware dan antimalware sebagai perlindungan tambahan.
Antara perisian antispyware popular:
Threatfire (versi percuma dan berbayar) – pilihan saya
PcTools Spyware Doctor (shareware)
Lavasoft Ad-aware (versi percuma dan berbayar)
Malwarebytes (versi percuma dan berbayar)
Superantispyware (versi percuma dan berbayar)
Spysweeper (berbayar)
Spyware terminator (percuma)
4. Tips tambahan

Windows firewall sangat sampah tidak boleh diharap. Alternatifnya, anda boleh memasang perisian firewall 3rd party seperti Comodo Firewall.
Ninja Pendisk dapat membuang file autorun.inf dari pendrive anda (sesuai untuk perlindungan dari virus yang merebak dari pendrive)
Autorun eater juga mampu membuang file autorun.inf dari drive anda. Ia juga berfungsi membaik pulih kerosakan yang biasa dilakukan virus seperti restore folder option, enable task manager dan enable regedit.
XP-antispy sangat berguna untuk pengguna windows xp. Berfungsi untuk tweak windows kepada setting yang lebih selamat dan ketat dari segi sekuriti.
- Perisian Advanced System Care (percuma) sangat berguna untuk tweak windows. Juga berfungsi memastikan komputer anda tidak dijangkiti spyware.
- Memasang extension NoScript untuk firefox. Berupaya disable semua javascript dalam website yang anda anda lawati. Extension Adblock Plus untuk menapis segala bentuk ads/images/frames dalam website. Extension WOT untuk perlindungan dari memasuki laman web yang tidak selamat – contohnya laman web warez, lucah dsb.
- Menggunakan Tune Up Utilities 2009 untuk tweak setting windows anda kepada yang lebih baik. Mempunyai fungsi yang sangat berguna seperti registry editor, task manager, system control, startup optimizer dsb.
- Jika anda gemar menorrent, seeloknya scan dulu file yang anda download sebelum buka. Setengah file yang terdapat pada laman torrent adalah fake/palsu dan mengandungi virus dan spyware.
- Sebelum cucuk pendrive, scan dulu dengan antivirus anda. Elakkan buka dengan cara double klik pada icon drive, seeloknya buka dari adress bar dalam my computer.
- Jika terdapat masalah pada komputer anda, cuba scan dengan hijackthis. Upload log itu kepada forum2 komputer untuk bertanyakan nasihat pakar. Terdapat virus yang tidak dapat dibuang oleh antivirus jadi cadangan dari pakar2 sekuriti amatlah penting bagi tujuan membuang virus degil tersebut

Pendrive sangat berguna untuk membawa data anda ke mana-mana sahaja.Tetapi dengan menggunakan pendrive, anda berhadapan risiko data anda diakses oleh orang lain jika anda kehilangan pendrive tersebut.Oleh itu anda memerlukan satu sistem sekuriti jika ingin memastikan data anda selamat.
Terdapat banyak perisian yang menawarkan fungsi untuk lock folder di dalam pendrive, tetapi berani saya katakan 99% merupakan perisian berbayar.Manakala yang percuma hanyalah perisian yang langsung tidak bagus.Dalam pencarian saya, saya telah terjumpa dengan perisian ini iaitu KaKa Folder Protector yang senang digunakan, dan semestinya percuma.
Tips:
1.Untuk menggunakannya didalam pendrive, hanya copy software ini ke dalam pendrive anda.
2.Bagi unlock folder anda, copy perisian ini ke dalam folder tersebut dan double klik software ini

3.Untuk memastikan folder tersebut kembali lock selepas anda membukanya, pilih option Virtual Disk dan masukkan password anda.

Download:
Walaupun saya mengatakan software ini percuma, tetapi ia masih berstatus shareware dan ada sedikit function yang terhad.Tetapi anda dapat melakukan apa yang dinginkan iaitu lock folder!
Selamat mencuba ;)



Cara pulihkan hidden folder disebabkan oleh virus

Virus, worm, trojan dan segala jenis malware, memang sangat menyusahkan dan memeningkan kepala nak remove. Terbaru, laptop penulis (windows xp) terkena virus.win32.vb.dg yang asalnya dari pendrive rakan. Niat asalnya nak test virus itu sahaja, tak sangka infected pula, habis semua drive c dan d kena.
Scan dengan KAV2009, tiada apa2 detection virus? Scan kali kedua baru guna Threatfire, terus dapat detect virus dan dapat quarantine.
Virus ini menyebabkan folder2 dalam hard disk @ pendrive anda menjadi hidden. Virus ini juga menduplicate folder2 yang hidden tu sebagai file.scr bersaiz 40kb dan mempunyai icon seakan icon folder default bagi windows xp. Selepas virus ini dibuang pun, folder2 tersebut tetap menjadi hidden dan tidak dapat ditukar kepada asal.
Jika anda menghadapi masalah sedemikian, jangan bimbang…saya ada cara ;)
Untuk memulihkan folder yang telah dihidden disebabkan virus…first sekali buka command prompt; tekan start menu > run > taip cmd.
Untuk memulihkan folder2 dalam drive C: dalam cmd, taip attrib c:*.* /d /s -h -r -s
Untuk memulihkan folder2 dalam drive D; dalam cmd, taip attrib d:*.* /d /s -h -r -s
Untuk mengetahui apakah command2 diatas, dalam cmd, taip help attrib
Anda boleh manipulasi command tersebut untuk drive2 lain selain c dan d. Prosesnya juga mungkin mengambil masa yang lama, bergantung kepada bilangan folder dan kemampuan komputer anda.
Oh ya, download dan run unhide hidden folder ini jika tidak mahu menggunakan langkah cmd diatas. Selamat mencuba.
Edit: Saya baru saja terjumpa software ini, Hidden file tool yang dapat recover hidden folder dan menukar balik kepada folder asal. Cepat dan senang digunakan, anda boleh skip cara manual diatas.
Open path, drive atau folder. Tekan attributes hidden kemudian searchSoftware ini akan detect folder2 atau file2 yang hidden, kemudian tekan change attribute untuk pulihkan kepada normal.




Cari Nama Driver Menggunakan Everest

EVEREST Home Edition adalah software yang boleh mengenalpasti nama driver. Hanya buka sahaja EVEREST, dan ia akan mengumpul maklumat tentang semua komponen hardware  dalam komputer anda. Dengan maklumat ini, senanglah jika anda nak cari driver tersebut di Internet.
Bagi mendapatkan senarai ringkas tentang hardware utama, klik pada Computer > Summary. Biasanya hardware yang paling penting untuk dicari driver adalah Video Adapter dan Audio Adapter. Nama bagi model Motherboard juga berguna sekiranya kad video dan audio adalah jenis built-in.
Nama yang anda perolehi inilah berguna untuk ditaipkan ke dalam Google bagi mencari driver tersebut.
Jika anda mendapati sesetengah nama driver diwarnakan dengan biru, itu tandanya anda boleh klik pada nama tersebut dan ia akan memaparkan link ke laman web yang berkaitan.
Anda juga boleh klik pada butang Report, dan EVEREST akan menjana laporan ringkas tentang semua komponen hardware anda dalam satu mukasurat.

Cara-cara Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Windows

Dengan Norton Ghost, anda boleh membuat backup kepada Windows anda. Misalnya, jika anda baru sahaja format komputer dan install segala macam software yang anda perlukan, anda boleh lakukan operasi Ghost terhadap Windows tersebut. Katakan Windows anda kemudiannya mengalami masalah sehingga tak dapat nak buka langsung.Restore sahaja fail Ghost tadi, dan Windows akan kembali seperti sediakala, lengkap dengan segala software yang anda telah install.
Selain itu, operasi Ghost juga sesuai digunakan jika anda dikehendaki untuk install Windows ke dalam beberapa buah PC. Buat backup Ghost pada PC pertama, kemudian restore fail Ghost tersebut kepada semua PC yang lain. Cara ini jauh lebih pantas kerana operasi restore Ghost cuma mengambil masa kurang 5 minit sahaja berbanding proses install Windows yang mungkin memakan masa hingga 30 minit.
Anda boleh mendapatkan Norton Ghost versi percubaan di sini. Namun saya sarankan anda menggunakan bootable CD atau disket yang anda boleh perolehi dari mana-mana kedai yang berhampiran :p
Pada kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara membuat backup Ghost yang anda boleh simpan dalam bentuk fail. Ikuti langkah-langkah di bawah:
Buat Backup Ghost Pada Partition
1.     Hidupkan komputer anda dan masukkan CD Norton Ghost. Pastikan anda telah mengubah boot sequence kepada CD.
2.     Skrin Norton Ghost akan dipaparkan.

Kawal PC Orang Lain Dengan TeamViewer

“Alamak, PC aku masalah lagi!”, kata Sakinah. Kan bagus kalau waktu macam ni boleh minta Si Amar tu untuk repair PC kan? Tapi malangnya Amar duduk 10 batu jauhnya dari sini, dan mustahil kalau nak panggil dia datang sekarang.
Tak jadi masalah sebenarnya untuk Amar membantu Sakinah, asalkan kedua-duanya mempunyai sambungan Internet. Amar boleh akses dan kawal PC Sakinah secara online menggunakan software seperti TeamViewerSoftware ini haruslah dipasang pada kedua-dua buah komputer. Berikut saya akan tunjukkan langkah-langkah untuk menggunakan TeamViewer ini. Andaikan bahawa PC yang bermasalah adalah PC Sakinah, dan PC Amar akan digunakan untuk mengawalnya:
1.     Download dan lancarkan TeamViewer pada kedua-dua PC.
2.     Sakinah akan diberi nombor lapan digit berserta password.

3.     Masukkan nombor dan password tersebut pada PC Amar dan klik pada butang “Connect to partner”

4.     Kini Amar dah boleh lihat dan kawal PC Sakinah. Setelah selesai, hanya tutup sahaja TeamViewer ini untuk menamatkan sesi.
Antara keistimewaan lain pada software ini adalah korang boleh gunakannya untuk bertukar-tukar fail, chat, dan banyak lagi. Kalau tak install software ni pun takpe, ia boleh terus digunakan. Ingat, pakai TeamViewer ni untuk tolong tengokkan komputer kawan, bukan untuk ceroboh dan selongkar komputer orang lain oke ^^

Slax – Bawa Linux Di Dalam Poket Anda

Dalam banyak-banyak limpahan distro Linux, Slax adalah kegemaran saya. Ini kerana Slax bersaiz kecil, pantas, serta mempunyai UI yang menarik. Bukan itu sahaja, ia boleh dimuatkan di dalam pen drive anda dan bawa ke mana sahaja!
Walaupun bersaiz kecil, Slax telah dimuatkan dengan pelbagai software untuk kegunaan harian anda, seperti Gqview untuk melihat imej, Vim sebagai text editorISO Master untuk menguruskan fail ISO, dan banyak lagi. Slax sesuai digunakan sebagai recovery tool, contohnya jika anda ingin mengambil fail-fail penting dalam komputer di saat Windows anda rosak dan tak boleh nak dibuka.
Slax boleh didapati dalam dua bentuk, iaitu bentuk ISO untuk dimuatkan ke dalam CD, dan bentuk TAR untuk dimasukkan ke dalam CD anda. Untuk fail ISO, dowload sahaja seperti biasa dan burn fail ISO tersebut ke dalamCD. Bagi fail jenis TAR pula, ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk memasukkan Linux anda ke dalam pen drive:
Cara-cara Nak Install Slax Di Dalam Pen Drive
1.     Download Slax dalam betuk TAR.
2.     Extract fail Zip tersebut ke dalam pen drive anda (gunakan 7zip).
3.     Setelah selesai extract, akan terdapat dua folder dalam pen drive anda, iaitu boot dan slax. Buka folder boot dan double-click pada fail bootinst.bat. Fail ini akan menjadikan Linux tersebut boleh dilancarkan melalui pen drive.
Setelah selesai, anda sudah boleh menggunakan Slax anda. Untuk melancarkan OS ini dari pen drive anda, pastikan boot sequence bagi PC telah ditetapkan terlebih dahulu supaya ia membenarkan komputer boot dariUSB. Dapatkan Slax di sini.