Friday 1 April 2011

Slax – Bawa Linux Di Dalam Poket Anda

Dalam banyak-banyak limpahan distro Linux, Slax adalah kegemaran saya. Ini kerana Slax bersaiz kecil, pantas, serta mempunyai UI yang menarik. Bukan itu sahaja, ia boleh dimuatkan di dalam pen drive anda dan bawa ke mana sahaja!
Walaupun bersaiz kecil, Slax telah dimuatkan dengan pelbagai software untuk kegunaan harian anda, seperti Gqview untuk melihat imej, Vim sebagai text editorISO Master untuk menguruskan fail ISO, dan banyak lagi. Slax sesuai digunakan sebagai recovery tool, contohnya jika anda ingin mengambil fail-fail penting dalam komputer di saat Windows anda rosak dan tak boleh nak dibuka.
Slax boleh didapati dalam dua bentuk, iaitu bentuk ISO untuk dimuatkan ke dalam CD, dan bentuk TAR untuk dimasukkan ke dalam CD anda. Untuk fail ISO, dowload sahaja seperti biasa dan burn fail ISO tersebut ke dalamCD. Bagi fail jenis TAR pula, ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk memasukkan Linux anda ke dalam pen drive:
Cara-cara Nak Install Slax Di Dalam Pen Drive
1.     Download Slax dalam betuk TAR.
2.     Extract fail Zip tersebut ke dalam pen drive anda (gunakan 7zip).
3.     Setelah selesai extract, akan terdapat dua folder dalam pen drive anda, iaitu boot dan slax. Buka folder boot dan double-click pada fail bootinst.bat. Fail ini akan menjadikan Linux tersebut boleh dilancarkan melalui pen drive.
Setelah selesai, anda sudah boleh menggunakan Slax anda. Untuk melancarkan OS ini dari pen drive anda, pastikan boot sequence bagi PC telah ditetapkan terlebih dahulu supaya ia membenarkan komputer boot dariUSB. Dapatkan Slax di sini.

No comments:

Post a Comment