Friday 1 April 2011

Mozilla Firefox 4 – pelayar yang lebih canggih dan pantas


firefox 4 windows 7
Saya merupakan pengguna tegar Mozilla Firefox sejak zaman firefox 1 lagi.Sebelum Firefox 4 release saya sudah menggunakan Minefield version dan juga Google Chrome namun selepas #FX4 release saya terus guna Firefox 4 sebagai default browser.
Sebab utama saya suka Firefox 4 ialah sesuai dengan jiwa saya suka modding dan customize ditambah lagi dengan perkakasan penting bagi web developer. Screenshot di atas menunjukkan Firefox 4 yang telah dicustomize oleh saya supaya kelihatan lebih menarik berbanding tema asal. Sesuatu yang tak dapat dilakukan ada Google Chrome biarpun telah mencapai versi Chrome 12.
Anda pengguna #FX4? Jom tengok beberapa tips menarik untuk memaksimakan penggunaan Firefox 4.
Download Firefox 4
download firefox 4
Download dari laman rasmi Mozilla Firefox http://goo.gl/BoQ6

Fungsi menarik pada Firefox 4

1. Ramai orang kata dia memang laju
firefox 4 benchmark
Kalau anda baru upgrade daripada Firefox 3.6 kepada Firefox 4 pasti anda perasan ianya sangat laju…berdesup. Dari segi startup, rendering dan loading memang banyak improvement boleh dilihat.
Saya dah test Chrome 12, Internet Explorer 9 dan Firefox 4 ketiga2 browser ini memang sangat pantas dan tiada banyak perbezaan di dunia nyata. Kalau tengok benchmark setakat laju beberapa miliseconds tu tak kisah sangat la.
2. Theme dan Antaramuka baru
firefox 4 jomphp
Theme baru Firefox lebih segar mata memandang. Bagi saya menu “File, Edit, View etc…tu memang patut dihapuskan dalam kebanyakan program sebab nampak terlampau kuno dan membazir ruang.
3. Tab Group (Panorama)
panorama firefox 4
Serius fungsi ini saya sangat suka. Kalau anda biasa menggunakan Mac OS X pasti tahu fungsi Expose. Tab Group atau Panorama ini lebih kurang la, katakan anda buka sampai berpuluh2 tab, bila tekan butang Panorama ini anda boleh view kesemua tab tersebut dan boleh susun, close atau buka mana2 tab dengan senang.
4. App Tab
firefox 4 app bar
Pin mana2 website atau tab kegemaran anda kepada App Tab. Lepas ini tak perlu lagi buka satu2.
5. Restartless Addons
Banyak add-ons yang tidak memerlukan restart boleh digunakan pada Firefox 4. Tengok senarai2 lengkap di http://goo.gl/pIeQ8. Paling penting bagi saya ialah Google Url shortener sebab saya banyak short url menggunakan goo.gl.
6. Update firefox kini lebih senang
about firefox
Update Firefox untuk lebih mantap performance, jangan malas2 update sebab proses update sangat senang. Tekan Menu bar > Help > About Firefox dan versi terkini firefox akan diupdate sekiranya ada.
7. Add-ons manager baru
addons manager baru
Add-ons manager baru, lebih kacak dan kemas berbanding biasa. Nak install addons pun bolehsearch dan install terus takperlu buka website mozilla.


Add-ons penting

add-ons penting Firefox 4
Add-ons kegemaran saya kebanyakan berfungsi pada Firefox 4. IDM juga boleh integrate dengan baik tanpa sebarang masalah.
TOP 10 addons kegemaran saya :
  • Flashgot

  • Firebug

  • DownloadHelper

  • Goo.gl lite

  • Greasemonkey

  • Stylish

  • Omnibar

  • FastestFox

  • New Tab King

  • Search Status

    Customize Theme

    Bagi saya theme yang paling ringkas, menarik dan cantik untuk Firefox 4 ialah theme Flow. Penuh dengan efek transparent Aero Glass.
    stratiform firefox 4
    Stratifrom ialah add-on yang sangat cool, membenarkan anda customize bermacam2 jenis aspek UI Firefox 4 seperti warna, bentuk, tulisan, button dan sebagainya.
    Anda boleh menggunakan Stratiform dengan default theme Firefox 4 ataupun pada theme Flow. Download Strafiform : http://goo.gl/AdnP2

    Personas

    personas firefox 4
    Personas membolehkan anda menggunakan skin pada Firefox. Kalau anda tak suka Aero glass bolehlah guna personas berbanding guna default theme. Tak perlu restart dan sangat mudah ada beribu2 skin personas.
    Anda boleh pilih personas secara terus pada http://www.getpersonas.com/en-us/gallery/all/popular. Kalau nak function lebih boleh install Personas Plus http://goo.gl/yLqeL.
  • No comments:

    Post a Comment